Monday, 21 May 2012
3 Pemimpin PKR didakwa hari ini
Oleh SUWARNI MOKHTAR pengarang@utusan.com.my
Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my

Dari kiri Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Badrul Hisham Shaharin
KUALA LUMPUR 21 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, pihak polis telah menyempurnakan saman terhadap ketiga-tiga mereka hari ini.
''Kesemua penama tersebut telah dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini pada pukul 9 pagi esok,'' menurut kenyataan tersebut.
Menurut beliau, kehadiran mereka ke mahkamah adalah untuk menjawab tuduhan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment