Wednesday, 28 September 2011
Tauliah Ceramah dan Tazkirah : Jawapannya Tetap 'TIDAK' !
Persuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya Khalid Samad sudah jumpa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Marzuki Hussin Selasa (semalam) minta timbang semula keluar tauliah ceramah dan takzirah pada ahli politik di surau dan masjid.
Jawabnya tetap TIDAK.
Pengarah JAIS Marzuki Hussin yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Shah Alam Rabu keputusan tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik itu adalah selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik.
Maka JAIS tidak akan berkompromi walaupun ada pihak yang meminta supaya perkara itu diteliti semula.
Khalid akan dihadapkan di Mahkamah Syariah Klamng kerana didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, pada 16 Ogos lepas.
PAS mempertikai langkah JAIS tidak mahu keluarkan tauliah pada ahli politik.
Mengikut peruntukan seksyen itu, mana-mana pihak yang mengajar tanpa tauliah boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
AGENDA DAILY - 28/9/2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment